Thursday, May 26, 2016

Tak Pernah Tak Sayang...

By:- Damia Aliah binti Rohaizad 
        TEF 150001

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah menjadi sebahagian daripada warga Pos Pantos ialah antara pengalaman yang sangat bermakna untuk saya kerana suasana di sana agak berbeza daripada kehidupan harian saya. Pertama kali setelah tiba di kawasan pendalaman, pengajaran pertama yang saya peroleh ialah hidup bukan semudah yang kita sangka. Perjalanan yang mengambil masa hampir beberapa jam jauh dari bandar dan kemudahan telekomunikasi yang terhad memberi kesan yang sangat signifikan terhadap pandangan saya kepada komuniti di Pos Pantos.

Kami disambut oleh anak-anak Sekolah Pos Pantos. Walaupun ketibaan kami agak lewat, namun mereka masih bersemangat menyambut kami di hadapan pagar sekolah membuatkan saya sangat terharu. Pada pandangan saya, ia adalah cabaran yang sangat besar buat anak-anak asli moden ini masih tinggal jauh daripada pengaruh suasana hidup dibandar dengan pelbagai kemudahan pendidikan berbanding di sekolah mereka.

Antara aktiviti kemanusiaan yang bermanafaat ketika disana ialah ketika kelas tambahan bersama mereka. Walaupun hanya dapat meluangkan masa dalam tempoh dan sumber pengajaran yang terhad, saya sempat mengisi masa yang ada dengan berbual secara peribadi dengan beberapa orang anak-anak di sana. Antara perkara yang mengejutkan saya ialah ada diantara mereka yang mampu berfikir secara matang dan berpotensi tinggi dalam pelajaran. Pendidikan merupakan perkara yang paling asas dalam mengembangkan potensi atau mengubah corak pemikiran anak-anak komuniti asli ini, namun jika perkara ini diabaikan ia tidak akan membawa ke mana-mana melainkan mereka akan tetap meneruskan cara hidup mereka dalam komuniti yang tidak berkembang secara mental, rohani mahupun fizikal.

Antara usaha Jabatan Bahasa Arab dalam mendorong anak-anak ini dalam penglibatan kerohanian adalah sangat membanggakan. Pendedahan kepada cara solat yang betul, kisah-kisah Nabi dan juga memberi imbuhan yang sangat bernilai buat anak-anak ini.

Penglibatan kami daripada pelbagai Jabatan Bahasa dalam aktiviti bersama memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama secara matang, berfikir dengan lebih kritikal dan berkomunikasi dengan lebih baik sebagai mahasiswa yang berjiwa masyarakat.

Harapan saya ialah, semoga setiap mahasiswa yang hadir bersama untuk menjayakan program kemasyarakatan di sana dapat melihat sejauh mana mereka menilai jiwa masyarakat yang ada dalam jiwa mereka sendiri. Termasuk diri saya sendiri. Bagaimana pergaulan bersama anak-anak, guru-guru mereka dan yang utama ialah menghormati ibu bapa mereka. Selain mendekati anak-anak ini, kita juga seharusnya menyantuni masyarakat sekeliling. Sifat sensitif dan cakna terhadap keadaan sekeliling ialah antara perkara yang perlu diambil kira selain berprogram.


Walaubagaimanapun, usaha pihak Universiti Malaya terutamanya Fakulti Bahasa dan Linguistik yang berkala dan berterusan ini adalah sangat dihargai oleh saya sendiri selaku sukarelawan bebas di luar kampus.  



Ceriteraku...

By:- Nur Azlin binti Azmi TEF150011

Assalamualaikum and hi everyone!
15 April 2016 , Jumaat - Kami bertolak daripada Universiti Malaya pada pukul 3 petang dengan tiga buah bas seramai 110  pelajar dan diiringi dengan beberapa guru penasihat. Selepas tiba di Pos Pantos kesemua pelajar bergegas mengangkat barang masing-masing dan meletakkannya di suatu sudut .Setelah selesai mengangkut barang-barang yang berkaitan, kami telah mendengar sedikit taklimat daripada ketua pengarah Jalinan Masyarakat iaitu saudara Saiful Asyraf di samping menikmati hidangan makan malam di dewan makan sekolah. Kemudian setelah itu, kami bergerak ke bilik masing-masing


16 April 2016, Sabtu- hari kedua kami disana dimulai dengan aktiviti senam robik yang di ketuai oleh biro aktiviti dan biro protokol. Aktiviti senam robik melibatkan semua pelajar asrama sk lanai serta semua pelajar fakulti Bahasa tahun 1. Kemudian, aktiviti mentor-mentee bersama pelajar SK Lanai. Sesi pembelajaran saya bersama mentee iaitu sarma, pelajar tahun5. Kami menyiapkan modul yang disediakan berkaitan subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Kemudian, aktiviti explorace dijalankan di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh biro aktiviti. Selesai aktiviti explorace, kami semua berehat di dewan makan. Kami turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh wakil HRDF bersama penduduk kampong Pos Pantos. Kami juga dapat menghias cupcakes dengan kreativiti masing-masing. 
Pada sebelah petang pula, kami membuat persediaan untuk ‘Malam Bersama HRDF ‘ di dewan makan asrama. Setiap pelajar menjalankan tugas yang telah ditetapkan. It was my first time to handle that kind of crowd’. Terkejut saya melihat begitu ramai penduduk kampung berpusu-pusu datang pada malam bersama hrdf tersebut. Keadaan yang agak kecoh pada malam itu namun akhirnya kembali tenang.


17 April 2016, Ahad- hari ketiga merupakan hari yang padat dengan aktiviti bersama para pelajar sk lanai. Semua pelajar turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh biro kebajikan dan kerohanian. Aktiviti yang penuh dengan semnagat berpasukan dan kerjasama dijalankan. Antara aktivi yang dijalankan ialah, telefon rosak. Pelajar perlu meneka gambar yang dilukis oleh rakannya tanpa sebarang komunikasi.kemudian aktiviti,Final Destination. Pelajar dikehendaki menyerahkan getah kepada rakan yang berikutnya melalui straw dengan menggunakann mulut. Kemudian aktiviti jaga diri yang berlangsung di padang. Belon diikat di kaki para pelajar, dan arahan diberikan untuk memastikan belon mereka tidak dipijak rakan yang lain. We really enjoyed those activities ! selesai aktiviti ini, sebahagiaan daripada kami terlibat dengan aktiviti mural manakala sebahagian lagi terlibat dengan aktiviti mengemas bilik darjah. It was my first time, drawing and painting but not bad I guess :p selesai aktiviti mural, kami semua bergegas ke padang untuk aktiviti sukaneka pula. Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan ialah isi air ke dalam botol menggunakan span, baling bola dalam bakul dan juga bawa bola ping pong menggunakan mulut. Our time won those games okay! Yeayyesyy!




18 april 2016, isnin – hari terakhir kami berada di sana. Selesai makan kami, kami turu serta dalam perhimpunan pagi bersama guru dan pelajar SK Lanai. Aktiviti penyampaiaan hadiah kepada para pemenang dijalankan. Kemudian, kami semua bersiap sedia untuk pulang sebelum melakukan aktiviti gotong-royong.

Thanks for reading! It was a new experience and great moments with them ! <3

Wednesday, May 25, 2016

Seribu Penghargaan... TERIMA KASIH :)

By:- Sadatul Amirah bte Abd Hamid
        TEF150014



Sepanjang saya berada di Pos Pantos dan menjalankan aktiviti bersama-sama pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Lanai, banyak yang saya dapati untuk saya refleksikan kepada diri saya.
Saya bukanlah seorang yang mahir atau tahu untuk berkomunikasi dan membuat aktiviti bersama-sama  kanak-kanak. Kerana saya merasakan saya kekok apabila berada diantara mereka yang lebih muda daripada saya.Namun di Pos Pantos,  Keadaan berlainan kerana saya dan pelajar-pelajar Lanai tidak kekok untuk membuat aktiviti bersama-sama terutama apabila tiba program ‘Mentor Mentee’ serta aktiviti mengajar murid saya. Secara semulajadi kemahiran berkomunikasi saya keluar apabila bersama-sama mereka. Aktiviti di Pos Pantos mendidik saya untuk menajamkan serta mengasah ‘skill’ komunikasi dan berinteraksi saya,  bersama pelajar-pelajar Lanai serta rakan-rakan FBL.
Semasa saya di Pos Pantos juga, saya mula mengenali rakan-rakan FBL yang berlainan ‘major’ bahasa daripada saya seperti Sepanyol,Itali dan Tamil. Kami mengenali sesama sendiri apabila kerjasama diperlukan setiap kali aktiviti hendak dijalankan.  

Saya juga belajar daripada pelajar-pelajar di SK Lanai tentang kegigihan mereka dalam melakukan sesuatu sama ada dalam pelajaran serta aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pelajar FBL. Mereka akan sentiasa berusaha dalam melakukan sesuatu dan tidak mudah mengalah. Merekalah yang mendidik saya tentang kegigihan dan kesabaran tidak kira masa.





JALINAN MASYARAKAT- SATU REFLEKSI DIRI

By:- Yang Zhi Brian
         TEF 150015








Saya bukanlah seorang yang mahir untuk berkomunikasi dan membuat aktiviti bersama kanak-kanak

Sepanjang saya berada di Pos Pantos dan menjalankan aktiviti bersama-sama pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Lanai, banyak yang saya dapati dan mempelajari.
Semasa menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak SK Lanai seperti mengajar Matematik, saya berasa susah mahu menjelaskan sesuatu untuk mereka. Walaubagaimanapun, saya belajar banyak seperti prihatin. Semasa menjalani aktiviti sukaneka dengan kanak-kanak, kita bermain dengan seronok, pelajar-pelajar Universiti Malaya dapat bergabung dan berkomunikasi dengan pelajar SK Lanai. 

Aktiviti di Pos Pantos mendidik saya untuk menajamkan serta mengasah cara komunikasi
dan berinteraksi saya bersama pelajar-pelajar Lanai serta rakan-rakan FBL.

Semasa saya di Pos Pantos juga, saya mula mengenali rakan-rakan FBL dari jabatan yang lain. Kami mengenali sesama sendiri apabila kerjasama diperlukan setiap kali aktiviti 
hendak dijalankanKita bekerjasama menjalankan aktiviti, kita membuat persembahan bersama, kita tinggal bersama. Saya berasa aktiviti ini sangat bermakna kerana dapat menghubungkan pelajar-pelajar FBL supaya lebih rapat.





A VALUABLE EXPERIENCE


By:- Xu Zhi Yi (David)
     TEF150701


The place we went for Social engagement this semester was a school for 3 days. I was very grateful to my friends (including my classmates, professors and also the schoolmates), that’ because I cannot understand Malay at all, under the help of them, I could complete this time’ campaign. I cannot remember all what had happened though, but it actually was, for me, a good experience. In majority, the things we were required to do are the things I am not so good with, but because of this campaign, I think the distance between my friends and I become closer than before.

Before the departure, I was so nervous that If I cannot understand Malay, how can I live here. but the fact was it was unnecessary for me to be anxious about that. On the bus, the person who seated beside me, talked a lot with me. And then we arrived, the first sentence I said, even now, I can still remember, I cannot speak Malay, how can I stay here? And maybe after 3 seconds, my friends just told me that I would translate for you, if you were in trouble.

The first thing for us to prepare is to convey the goods to the top of the slope where the school is situated. To be honesty, that’s a little bit painful. After that, we were required to have the dinner, of course, I sat with my friends. We talked a lot and then one charger of this campaign start to explain what should we do all in Malay. And…my friends start to translate for me, maybe this kind of thing for them-the local Malaysian is easy, but I was also happy that the people in Malaysia were so hospitable.
After that, I was in trouble, my luggage disappeared, I became a little nervous, because I was so tired that time, I want to sleep instantly. One of friends said that I went to the dormitory firstly and see if there was someone who took yours by mistake. And another friend of mine started to seek my luggage. After 15 minutes, my luggage reappeared. And someone told me that there was a girl who took yours in girls’ dormitory.

And then, of course, I took my luggage and decide to sleep. Soon, I fell asleep after a short discussion with the roommates in our dormitory. Frankly, that was a bit horrible, I never imagined that 20 people per room can exist.

The second day, the first thing is to do the morning exercises, and the first background music was in Chinese. After that we had our breakfast before we started to officially do things. The first request for us to do is to teach the students in that school, of course, with Malay. At that time, I was speechless, although I thought there would be some situations like this. I tried to be useful, but at this kind of situation I was really helpless, how could I teach people with the language even I don’t know. But I still tried to teach them English, just for the pronunciation part.  And then that became my most successful thing in that 3 days. There were a lot of things which required the Malay.

For the third day, my professor asked me what I did yesterday, I just told him what I did. And he was also very satisfied with that. That day we were required to do the painting, but for that, I could do nothing. And I talked with my friends, they told me don’t be worry about that, and for that time, I did a long discussion with them. After that, we did some games with those children. At the evening of that day, we had a big banquet outside the restaurant in the rain. That sounds a little bit strange, but the banquet went well, and then we went to the restaurant to see the classic performance in Malaysia, That’s also a good experience for all people outside Malaysia, we can know a lot about Malaysia through this kind of campaign. After that, we went to a place to listen the things about Islam. This time, my friends did translation for me again, and due to the translation, I had some new view on Islam.

The fourth day, namely the last day for our campaign. For that day I remembered that I was required to seat in the tent to play game with the children-drawing. Although, I know I cannot do it well, but I still did it. After that, we were required to return all the things to the original place, like tables and chairs, That’s the second thing I was very proud, although I cannot teach the children a lot, but I can share the work with my friends. That’s enough. Before the departure from this school, the school administration organized a farewell party. My friends translated it for me again, and then I could understand it totally.

About 2 hours we leaved the school, and returned to UM. For me actually, I didn’t do a lot contribution to this campaign because of the language obstruction. But I still thanks to this campaign, because of this, I met a lot of people, and become more familiar with Malaysia. Maybe because of this campaign is in Malay, that became the bridge to link me and the local students.











MEMOIRS~

By:- Fong Hing Ling
        TEF150006


i.                    Fasa Perancangan




Semasa bermulaan kursus Jalinan Masyarakat, saya dapati bahawa saya berada dalam biro tajaan. Saya berasa susah kerana tidak mudah untuk dapatkan tajaan yang tanpa memintakan pulangan. Tetapi semua ahli biro juga berusaha mencari pihak tajaan serta sumbangan.

Saya diminta untuk menulis surat kepada anak angkat di SK Lanai. Saya melukis satu gambar kepadanya tetapi sedihnya kerana lupa tulis alamat untuk dia balas surat saya.

Dua hari sebelum bertolak ke SK Lanai, saya mendapati bahawa bilik mandi di sana sangat terhad. Memang satu perkara yang membimbangkan.


ii.                  Fasa Semasa

Semasa berkumpul di FBL, saya diberitahu bahawa tiada kemudahan internet serta talian telefon pun susah dapat di SK Lanai. Saya tidak dapat bayangkan keadaan ini kerana telah biasa dengan kehidupan bersama telefon bimbit pintar.

Kami telah mengambil agak 5 jam untuk sampai ke destinasi. Cuaca buruk sapanjang jalan ke sana. Saya rasa hujan itu membayangkan suara hati saya. Walaupun dalam mood yang tidak baik, tetapi apabila sampai sana, mood saya terus berubah. Hal ini demikian, banyak budak-budak menunggu ketibaan kami di depan pintu sekolah. Memang terharu nampak keadaan tersebut.

Hari yang seterusnya, saya telah bermula aktiviti-aktiviti yang ditentukan oleh biro program. Aktiviti yang paling bermakna ialah aktiviti mengajar budak SK Lanai. Saya tidak ada pengalaman mengajar budak sebelum ini. Lagipun saya mendapati bahawa terdapat cara pembalajaran yang berbeza semasa mengajar matematik. Nasib baik terdapat bantuan daripada rakan-rakan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling merapatkan jurang antara saya dengan budak-budak. Saya belajar untuk bersabar dan cara yang betul semasa berdepan dengan kanak-kanak selepas ini.

Terdapat juga aktiviti seperti explorace dan game-game kecil untuk merapatkan hubungan budak-budak SK Lanai dengan pelajar UM serta antara pelajar-pelajar UM juga. Walaupun tempat yang tiada talian internet menyebabkan ketidakmudahan tetapi sebaliknya membantu dalam jalinan antara orang lebih rapat dan dekat. Semua orang akan memilih bersembang apabila tiada temanan telefon bimbit pintar.

Semasa aktiviti melukis lukis dinding, saya mendapati kerjasama adalah sangat penting kerana bukan mudah untuk siapkan sesetengah kerja dengan usaha seorang sahaja. Dalam kerja kumpulan ini, saya belajar cara bekerjasama serta bertolak ansur kerana terdapat pandangan pelbagai pihak yang menjejaskan keseluruhan dan kesimpulan kerja ini.





iii.                Fasa Selepas

Melalui aktiviti jalinan masyarakat ini, saya telah belajar banyak perkara yang tidak berpengalaman sebelum ini. Dalam keadaan macam mana pun perlulah kesabaran dan fikiran yang positif untuk berdepankannya. Saya rasa saya akan menyertaikan aktiviti seperti ini dalam masa depan kerana ini merupakan pengalaman yang amat bernilai dan bukan boleh didapati di mana-mana sahaja.

Tuesday, May 24, 2016

Suatu Pengalaman... Seribu Kenangan...


By:- Mohd Najmi Saffuan bin Yaakob  
          TEF 150007
     






Perkampungan orang asli? Ouh tidak! Pada awalnya saya agak pesimistik terhadap tugasan yang telah diamanahkan kepada kami. Ya. Menghabiskan masa selama 4 hari di perkampungan orang asli yang jauh terpencil. Bukannya apa, sebab sudah terbiasa menghabiskan hari-hari biasa dengan melayari internet tidak kiralah melalui komputer riba ataupun telefon pintar. Subjek Jalinan Masyarakat merupakan kos universiti yang wajib diambil untuk semua pelajar pada semester 2 tahun pertama dan tempat yang menjadi destinasi para pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik untuk Jalinan Masyarakat kali ini adalah di Sekolah Kebangsaan Lanai, Pos Pantos di Kuala Lipis, Pahang.

Meskipun saya sememangnya gemar aktiviti amal seperti ini, perkongsian daripada rakan-rakan yang pernah menghabiskan masa di sana ditambah lagi perasaan yang kuat untuk tidak meninggalkan kehidupan penuh gadget menyebabkan perasaan yang berbaur. Namun, memandangkan ini adalah satu keperluan kepada kami, pelajar Universiti Malaya, untuk mengambil kos ini demi melayakkan diri untuk bergelar graduan suatu masa nanti maka kami gagahkan juga. Maka, pada penghujung sem 1 yang lalu, bermulalah gerak kerja kami, pelajar tahun 1 Fakulti Bahasa dan Linguistik untuk menjayakan program ini.





SEBELUM
Uniknya kami berbanding pelajar-pelajar di luar sana adalah Jalinan Masyarakat Fakulti Bahasa dan Linguistik merupakan gabungan besar semua jabatan yang berada dalam fakulti ini. Tugasan pertama yang diberikan kepada kami adalah untuk menulis surat kepada adik-adik angkat kami yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 SK Lanai, Pos Pantos. Senarai nama para pelajar juga dah diagihkan dan guess what? Saya dapat adik perempuan!!! Ahahaha yeah~ teruja sangat. Namanya Nur Shafiqa bt Abdul Malik.


Banyak persoalan yang timbul dalam kepala kami ketika itu. Mahu tulis apa? Bagaimana perasaan mereka nanti? Bagaimana rupa mereka? Bagaimana aku nak buat kad yang comel? Betul-betul pening haha. Untuk memudahkan sekali adik-adik angkat kami membalas surat tersebut, kami telah diarahkan untuk menyertakan sekeping setem dan sampul kosong. Malangnya sehingga ke hari ini surat tu masih belum diterima huhu. Sedih yang amat~~~ Tambahan pula beberapa hari sebelum berangkat kami dikhabarkan dengan berita kematian salah seorang pelajar SK Lanai.

Selain itu, kami juga telah diagihkan tugas mengikut jabatan masing-masing. Jabatan bahasa Perancis yang bertuah telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Biro Dana dan Tajaan Jalinan Masyarakat kali ini. Fuhhhh semangat~ Bukan mudah rupanya nak mencari tajaan ni. Pelbagai syarikat telah kami hubungi. Ada juga yang telah menelefon sehingga habis berpuluh-puluh ringgit namun tiada hasilnya. Paling mengecewakan apabila cuba mendapatkan dana daripada seorang wakil rakyat. Permohonan ditolak kerana tidak mendatangkan keuntungan katanya. Geram betul waktu tu. Ditambah pula tekanan kerana detik program yang dinanti-nanti sudah semakin hampir.

Namun alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli biro tajaan sendiri, dan juga rakan-rakan dari biro lain yang tidak penat mengadakan aktiviti fund raising untuk mencari dana, kami berjaya juga mengharungi cabaran yang mendatang meskipun tidak begitu memberansangkan. Walau bagaimanapun perasaan bersalah tetap terdetik di dalam hati ekoran gagal menunaikan amanat yang telah diberikan.

SEMASA
Ya akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Program ini berlangsung selama 4 hari dari 15 April 2016-18 April 2016. 4 hari je… Apalah sangat~~~ Aku boleh buat punya. Macam tulah ayat yang terngiang-ngiang dalam kepala saya beberapa hari sebelum program bermula. Padahal dalam hati, nervous haha.

15 APRIL 2016
Hari pertama bermula dengan arahan yang cukup mudah- berkumpul di FBL pukul 2.30 petang. Memang tergesa-gesa nak bersiap bawa bagasi semua ke fakulti. Maklumlah, baru usai solat Jumaat, sampai makan pun tak sempat. Selepas diberi taklimat oleh guru penasihat dan kata-kata semangat oleh Timbalan Dekan, Dr. Thilagavathy Shanmuganathan, kami diarahkan untuk mengisi bagasi ke atas bas. Rasa dia macam nak balik kampung haha. Sangat teruja. Tapi bila saat nak berangkat tu rasa sedih, sebab tak dapat naik satu bas dengan kawan baik. Mujurlah dapat kenal dengan seorang kawan yang baik, Rahman, dari Jabatan Bahasa Inggeris. Bila cakap dengan dia rasa macam tengah dengar radio haha. Tak berhenti-henti hahhahaah.



Perjalanan bermula lebih kurang pukul 3 petang dan sepatutnya tiba sebelum Maghrib, namun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan kami tiba 2 jam lewat dari sepatutnya. Memang letih badan masa tu. Ditambah pula dengan kesejukan akibat berada lama dalam kawasan berhawa dingin. Setibanya kami di Kampung tersebut, kami lihat anak-anak kecil sudah berlari keluar pintu rumah untuk menyambut kami. Ada juga yang segan hanya mengintai melalui dedaun tingkap hahaha. Malu la tu~ Sambutan yang kami terima tidak terhenti di situ saja. Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari bas dan mengambil bagasi, kami dikerumuni oleh anak-anak orang asli yang sudah lama menunggu kedatangan kami. Malah ada di antara mereka yang berbesar hati membantu kami mengangkat barang ke sekolah mereka yang terletak di atas bukit. Sangat terharu…. Wuwuwuwu.



Disebabkan tiba lewat di destinasi malam itu, program kami yang sepatutnya berjalan pada malam pertama terpaksa dibatalkan. Selepas sahaja pengagihan barang dan tempat tidur, kami dilepaskan untuk membuat aktiviti bebas. Haaaa! Masa tulah kami guna untuk mengenali kanak-kanak tersebut. Tak sangka walaupun tak pernah jumpa tapi mereka layan dengan mesra sekali. Comel sangat.
Masa selebihnya digunakan untuk mengenali rakan-rakan dari jabatan lain. Maklumlah jadual tak sama. Masa nilah nak kenal-kenalkan? Hehehehe. Alhamdulillah malam tu memang tidur lena. Sejuk…




16 APRIL 2016
Bangun seawal 5.00 pagi sememangnya sukar bagi saya, namun disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara saya turutkan saja, cewahhhhh! Selesai mandi, saya dan beberapa orang rakan yang lain berkumpul di surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Usai sahaja solat Subuh aktiviti pertama pun dimulakan. Aktiviti apa????




Game dia macam ni. Murid-murid SK Lanai disuruh duduk dalam satu bulatan besar. Sambil lagu dimainkan, para peserta perlu menyerahkan bekas berisi gula-gula kepada rakan di sebelah tanpa menumpahkan isinya. Apabila lagu berhenti, pelajar yang memegang bekas tersebut akan diberikan satu soalan. Sekiranya berjaya dijawab dengan tepat mereka akan mendapat dua gula-gula. Itulah dia game yang dinamakan Game Tarbawi. Usai game tersebut kami menuju ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti kami pada pagi tersebut iaitu senaman pagi.




Pada awalnya malas betul nak buat sebab pagi kan. Tapi tengok budak-budak tu bersemangat terus saya bersemangat sekali. Alhamdulillah. Senaman pagi tamat dengan jayanya. Lepas berehat dalam masa sejam begitu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengajar adik-adik kami matematik. Selepas selesai kumpulan dibahagikan, kami pun bergerak ke kelas seperti yang diarahkan sambal memimpin anak murid kami. Nama anak murid saya Mohd Aiman. Comel orangnya, tetapi penyegan. Yang membuatkan saya terpegun adalah kebolehannya menghafal sifir 1-10 dengan mudah. Satu-satunya yang menyebabkan kesukaran semasa mengajar dia adalah dia sedikit perlahan kerana meskipun sudah menghafal sifir dia kerap terkeliru dan masih perlu menggunakan alat bantuan seperti jari untuk mengira. 





Selepas selesai solat Zuhur dan makan tengahari, kami menyambung kelas kami dengan mengajar bahasa Inggeris pula. Kali ini kebolehan saya tercabar kerana Aiman sememangnya lemah dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya terpaksa menerangkan maksud perkataan kepadanya satu persatu. Mujurlah dia jenis yang mudah menerima dan tidak malu bertanya. Setiap aktiviti diberikan diselesaikannya dengan jayanya. Aiman you rock!!! Kemudian kami meneruskan dengan aktiviti sukaneka. Kena jaga checkpoint. Haha bersemangat betul time ni... Tambah lagi adik-adik semua sporting~ Seronok betul!





Malangnya petang tu kaki saya kekejangan gara-gara kekurangan air. Jadi tak dapat sertai langsung aktiviti malam tu. Sob… sob… Mujurlah ada sahabat yang banyak membantu saya ketika saya sakit. Yes I talked about both of you, Rahman and Wadie!!!! Dan juga terima kasih kepada penasihat serta ahli Biro Keselamatan yang telah membantu mengurangkan kesakitan saya sementara menunggu bantuan tiba. Juga kepada penasihat biro kami, Encik Kamil, yang membatalkan niatnya untuk mandi sungai disebabkan terpaksa membawa saya ke Klinik. Maaf monsieur!!! Maka sepanjang malam tu cuma terlantar di atas katil…. Ahhhh bosan!!!


17 APRIL 2016

Keesokan harinya, kami bangun awal untuk menunaikan Qiam bersama. Alhamdulillah. Mujurlah kesakitan semalam telah berkurang yeah! Hari ketiga kami dimulakan dengan program mentor mentee, satu permainan yang melibatkan kami sebagai fasi dan murid-murid SK Lanai sebagai mentee kami. Kumpulan kami terdiri daripada saya, Rahman, Wadie, Syuha, Huda, Sadat dan Farhan sebagai mentor dan diberi nama Aswad(Hitam) haha. Pelbagai permainan diadakan seperti jaga belon sendiri, pass gelung getah menggunakan straw dan teka lukisan. Di sini sekali lagi saya ingin melahirkan rasa kagum terhadap ahli kumpulan kerana sikap mereka yang sporting. Namun yang lebih menyeronokkan adalah apabila melihat keletah mereka bermain bersama kanak-kanak tersebut, terutamanya Wadie, Huda dan Rahman yang sangat rapat dengan mereka. Melihatkankan ragam mereka saya berasa seronok. Mungkin kerana saya dapat melihat sisi lain mereka yang merubah pandangan saya terhadap mereka.




Selepas selesai mentor mentee, kami melaksanakan pula aktiviti seterusnya iaitu gotong-royong. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan masing-masing. Ada yang mengemas dan menceriakan bilik darjah. Ada juga yang menghasilkan mural. Saya juga berpeluang merasai pengalaman menjadi pekerja kedai laminate kerana terpaksa melaminate beratus helai kertas pada hari tersebut haha. Pada masa sama kami berpeluang beramah mesra dengan guru-guru di sekolah tersebut. Walaupun agak kekok kerana saya seorang penyegan, tetapi saya bersyukur kerana guru-guru di sana tidak kedekut malah gembira dapat berkongsi ilmu dengan kami.



Sebelah petangnya pula kami melakukan aktiviti sukaneka bersama murid-murid. Namun saya tida turut serta kerana membantu membuat persiapan untuk program pada sebelah malam pula. Selepas solat Maghrib berjemaah, kami dan murid-murid SK Lanai bergerak beramai-ramai ke surau berdekatan bagi menghadiri ceramah oleh Ustaz Nik Azam Nik Wajis. Ceramah yang disampaikan pada malam tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap saya sehingga menitis air mata. Kami begitu bersyukur ke hadrat ilahi kerana program pada malam itu berjalan lancar dan mendapat sambutan.


18 APRIL 2016
Ini merupakan hari terakhir kami sebelum kembali semula ke UM. Program pertama kami pada hari tersebut adalah kem amali solat yang dipimpin Biro Kerohanian dari Jabatan Bahasa Arab. Sesudah itu kami dikehendaki mengikuti perhimpunan sekolah yang diadakan. Penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena semua aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari kami berada di situ turut diadakan. Betapa gembiranya saya dan ahli kumpulan apabila kumpulan kami Aswad dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Tahniah!!! Swad, swad, swad, swad A~~~ Kita hebat!




Selepas selesai semuanya, kami menjalankan aktiviti gotong-royong dan berkemas-kemas untuk pulang. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi sepanjang berada di sana. Perasaan sebak dan hiba menyelubungi kami sepanjang masa untuk berpisah dengan anak didik kami dan semasa di atas bas. Lebih mengharukan ada yang menangis ketika berpisah dan meminta kami kembali berjumpa mereka pada masa akan datang. Dan saya pula masih tidak dapat bertemu dengan adik angkat saya sehingga ke akhirnya haha. 




SELEPAS

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aktiviti kami dijalankan. Ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan dan ada juga yang cukup kurang enak didengar. Walau bagaimanapun banyak perkara yang dapat dipelajari daripada perjalanan kami tersebut. Antaranya ialah semangat kerjasama, kepimpinan, tanggungjawab, pengurusan masa, kepercayaan dan banyak lagi. Semua perkara ini akan menjadikan kami insan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Pun begitu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ahli pasukan saya sendiri dan rakan-rakan lain yang banyak membantu sepanjang menjayakan program ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada fakulti kami yang telah membolehkan kami merasai sendiri pengalaman yang sangat berharga ini. Jika diimbas semula, kerana program inilah ikatan antara kami pelajar FBL terjalin. Yang sebelum ini tidak pernah kenal, jadi sahabat. Yang sudah kenal jadi lebih rapat. Di situ jugalah saya menemui rakan-rakan baru saya seperti Muhammad, Hisham, Akiko, Shaji dan banyak lagi. Sesungguhnya pengalaman ini akan selamanya terpahat di hati. Satu perkara yang saya pasti, sekiranya diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi maka sudah tentu saya akan sertainya.