By:- Damia Aliah binti Rohaizad
TEF 150001
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
menjadi sebahagian daripada warga Pos Pantos ialah antara pengalaman yang
sangat bermakna untuk saya kerana suasana di sana agak berbeza daripada
kehidupan harian saya. Pertama kali setelah tiba di kawasan pendalaman,
pengajaran pertama yang saya peroleh ialah hidup bukan semudah yang kita
sangka. Perjalanan yang mengambil masa hampir beberapa jam jauh dari bandar dan
kemudahan telekomunikasi yang terhad memberi kesan yang sangat signifikan
terhadap pandangan saya kepada komuniti di Pos Pantos.
Kami
disambut oleh anak-anak Sekolah Pos Pantos. Walaupun ketibaan kami agak lewat,
namun mereka masih bersemangat menyambut kami di hadapan pagar sekolah
membuatkan saya sangat terharu. Pada pandangan saya, ia adalah cabaran yang
sangat besar buat anak-anak asli moden ini masih tinggal jauh daripada pengaruh
suasana hidup dibandar dengan pelbagai kemudahan pendidikan berbanding di
sekolah mereka.
Antara
aktiviti kemanusiaan yang bermanafaat ketika disana ialah ketika kelas tambahan
bersama mereka. Walaupun hanya dapat meluangkan masa dalam tempoh dan sumber
pengajaran yang terhad, saya sempat mengisi masa yang ada dengan berbual secara
peribadi dengan beberapa orang anak-anak di sana. Antara perkara yang
mengejutkan saya ialah ada diantara mereka yang mampu berfikir secara matang
dan berpotensi tinggi dalam pelajaran. Pendidikan merupakan perkara yang paling
asas dalam mengembangkan potensi atau mengubah corak pemikiran anak-anak
komuniti asli ini, namun jika perkara ini diabaikan ia tidak akan membawa ke
mana-mana melainkan mereka akan tetap meneruskan cara hidup mereka dalam
komuniti yang tidak berkembang secara mental, rohani mahupun fizikal.
Antara
usaha Jabatan Bahasa Arab dalam mendorong anak-anak ini dalam penglibatan kerohanian
adalah sangat membanggakan. Pendedahan kepada cara solat yang betul,
kisah-kisah Nabi dan juga memberi imbuhan yang sangat bernilai buat anak-anak
ini.
Penglibatan
kami daripada pelbagai Jabatan Bahasa dalam aktiviti bersama memberikan peluang
kepada kami untuk bekerjasama secara matang, berfikir dengan lebih kritikal dan
berkomunikasi dengan lebih baik sebagai mahasiswa yang berjiwa masyarakat.
Harapan
saya ialah, semoga setiap mahasiswa yang hadir bersama untuk menjayakan program
kemasyarakatan di sana dapat melihat sejauh mana mereka menilai jiwa masyarakat
yang ada dalam jiwa mereka sendiri. Termasuk diri saya sendiri. Bagaimana
pergaulan bersama anak-anak, guru-guru mereka dan yang utama ialah menghormati
ibu bapa mereka. Selain mendekati anak-anak ini, kita juga seharusnya
menyantuni masyarakat sekeliling. Sifat sensitif dan cakna terhadap keadaan
sekeliling ialah antara perkara yang perlu diambil kira selain berprogram.
Walaubagaimanapun,
usaha pihak Universiti Malaya terutamanya Fakulti Bahasa dan Linguistik yang
berkala dan berterusan ini adalah sangat dihargai oleh saya sendiri selaku
sukarelawan bebas di luar kampus.
No comments:
Post a Comment