TEF150014
Sepanjang saya berada di Pos Pantos dan menjalankan aktiviti
bersama-sama pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Lanai, banyak yang saya
dapati untuk saya refleksikan kepada diri saya.
Saya bukanlah seorang yang mahir atau tahu
untuk berkomunikasi dan membuat aktiviti bersama-sama kanak-kanak. Kerana saya merasakan saya kekok
apabila berada diantara mereka yang lebih muda daripada saya.Namun di Pos Pantos, Keadaan berlainan kerana saya dan pelajar-pelajar
Lanai tidak kekok untuk membuat aktiviti bersama-sama terutama apabila tiba
program ‘Mentor Mentee’ serta aktiviti mengajar murid saya. Secara semulajadi
kemahiran berkomunikasi saya keluar apabila bersama-sama mereka. Aktiviti di
Pos Pantos mendidik saya untuk menajamkan serta mengasah ‘skill’ komunikasi dan
berinteraksi saya, bersama
pelajar-pelajar Lanai serta rakan-rakan FBL.
Semasa saya di Pos Pantos juga, saya mula
mengenali rakan-rakan FBL yang berlainan ‘major’ bahasa daripada saya seperti
Sepanyol,Itali dan Tamil. Kami mengenali sesama sendiri apabila kerjasama
diperlukan setiap kali aktiviti hendak dijalankan.
Saya juga belajar daripada pelajar-pelajar
di SK Lanai tentang kegigihan mereka dalam melakukan sesuatu sama ada dalam pelajaran
serta aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pelajar FBL. Mereka akan sentiasa
berusaha dalam melakukan sesuatu dan tidak mudah mengalah. Merekalah yang
mendidik saya tentang kegigihan dan kesabaran tidak kira masa.
No comments:
Post a Comment