By:- Mohd Najmi Saffuan bin Yaakob
TEF 150007
Perkampungan
orang asli? Ouh tidak! Pada awalnya saya agak pesimistik terhadap tugasan yang
telah diamanahkan kepada kami. Ya. Menghabiskan masa selama 4 hari di
perkampungan orang asli yang jauh terpencil. Bukannya apa, sebab sudah terbiasa
menghabiskan hari-hari biasa dengan melayari internet tidak kiralah melalui
komputer riba ataupun telefon pintar. Subjek Jalinan Masyarakat merupakan kos
universiti yang wajib diambil untuk semua pelajar pada semester 2 tahun pertama
dan tempat yang menjadi destinasi para pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik
untuk Jalinan Masyarakat kali ini adalah di Sekolah Kebangsaan Lanai, Pos
Pantos di Kuala Lipis, Pahang.
Meskipun
saya sememangnya gemar aktiviti amal seperti ini, perkongsian daripada
rakan-rakan yang pernah menghabiskan masa di sana ditambah lagi perasaan yang
kuat untuk tidak meninggalkan kehidupan penuh gadget menyebabkan perasaan yang
berbaur. Namun, memandangkan ini adalah satu keperluan kepada kami, pelajar
Universiti Malaya, untuk mengambil kos ini demi melayakkan diri untuk bergelar
graduan suatu masa nanti maka kami gagahkan juga. Maka, pada penghujung sem 1
yang lalu, bermulalah gerak kerja kami, pelajar tahun 1 Fakulti Bahasa dan
Linguistik untuk menjayakan program ini.
SEBELUM
Uniknya
kami berbanding pelajar-pelajar di luar sana adalah Jalinan Masyarakat Fakulti
Bahasa dan Linguistik merupakan gabungan besar semua jabatan yang berada dalam
fakulti ini. Tugasan pertama yang diberikan kepada kami adalah untuk menulis
surat kepada adik-adik angkat kami yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun
4, 5 dan 6 SK Lanai, Pos Pantos. Senarai nama para pelajar juga dah diagihkan
dan guess what? Saya dapat adik perempuan!!! Ahahaha yeah~ teruja sangat.
Namanya Nur Shafiqa bt Abdul Malik.

Banyak
persoalan yang timbul dalam kepala kami ketika itu. Mahu tulis apa? Bagaimana
perasaan mereka nanti? Bagaimana rupa mereka? Bagaimana aku nak buat kad yang
comel? Betul-betul pening haha. Untuk memudahkan sekali adik-adik angkat kami
membalas surat tersebut, kami telah diarahkan untuk menyertakan sekeping setem
dan sampul kosong. Malangnya sehingga ke hari ini surat tu masih belum diterima
huhu. Sedih yang amat~~~ Tambahan pula beberapa hari sebelum berangkat kami
dikhabarkan dengan berita kematian salah seorang pelajar SK Lanai.
Selain
itu, kami juga telah diagihkan tugas mengikut jabatan masing-masing. Jabatan
bahasa Perancis yang bertuah telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Biro
Dana dan Tajaan Jalinan Masyarakat kali ini. Fuhhhh semangat~ Bukan mudah
rupanya nak mencari tajaan ni. Pelbagai syarikat telah kami hubungi. Ada juga
yang telah menelefon sehingga habis berpuluh-puluh ringgit namun tiada
hasilnya. Paling mengecewakan apabila cuba mendapatkan dana daripada seorang
wakil rakyat. Permohonan ditolak kerana tidak mendatangkan keuntungan katanya.
Geram betul waktu tu. Ditambah pula tekanan kerana detik program yang
dinanti-nanti sudah semakin hampir.
Namun
alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli biro tajaan sendiri, dan juga
rakan-rakan dari biro lain yang tidak penat mengadakan aktiviti fund raising
untuk mencari dana, kami berjaya juga mengharungi cabaran yang mendatang
meskipun tidak begitu memberansangkan. Walau bagaimanapun perasaan bersalah tetap terdetik di dalam hati ekoran gagal menunaikan amanat yang telah diberikan.
SEMASA
Ya
akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Program ini berlangsung
selama 4 hari dari 15 April 2016-18 April 2016. 4 hari je… Apalah sangat~~~ Aku
boleh buat punya. Macam tulah ayat yang terngiang-ngiang dalam kepala saya
beberapa hari sebelum program bermula. Padahal dalam hati, nervous haha.
15 APRIL 2016
Hari
pertama bermula dengan arahan yang cukup mudah- berkumpul di FBL pukul 2.30
petang. Memang tergesa-gesa nak bersiap bawa bagasi semua ke fakulti.
Maklumlah, baru usai solat Jumaat, sampai makan pun tak sempat. Selepas diberi
taklimat oleh guru penasihat dan kata-kata semangat oleh Timbalan Dekan, Dr.
Thilagavathy Shanmuganathan, kami diarahkan untuk mengisi bagasi ke atas bas.
Rasa dia macam nak balik kampung haha. Sangat teruja. Tapi bila saat nak
berangkat tu rasa sedih, sebab tak dapat naik satu bas dengan kawan baik. Mujurlah
dapat kenal dengan seorang kawan yang baik, Rahman, dari Jabatan Bahasa
Inggeris. Bila cakap dengan dia rasa macam tengah dengar radio haha. Tak
berhenti-henti hahhahaah.


Perjalanan
bermula lebih kurang pukul 3 petang dan sepatutnya tiba sebelum Maghrib, namun
disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan kami
tiba 2 jam lewat dari sepatutnya. Memang letih badan masa tu. Ditambah pula
dengan kesejukan akibat berada lama dalam kawasan berhawa dingin. Setibanya
kami di Kampung tersebut, kami lihat anak-anak kecil sudah berlari keluar pintu
rumah untuk menyambut kami. Ada juga yang segan hanya mengintai melalui dedaun
tingkap hahaha. Malu la tu~ Sambutan yang kami terima tidak terhenti di situ
saja. Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari bas dan mengambil bagasi, kami
dikerumuni oleh anak-anak orang asli yang sudah lama menunggu kedatangan kami.
Malah ada di antara mereka yang berbesar hati membantu kami mengangkat barang
ke sekolah mereka yang terletak di atas bukit. Sangat terharu…. Wuwuwuwu.


Disebabkan
tiba lewat di destinasi malam itu, program kami yang sepatutnya berjalan pada
malam pertama terpaksa dibatalkan. Selepas sahaja pengagihan barang dan tempat
tidur, kami dilepaskan untuk membuat aktiviti bebas. Haaaa! Masa tulah kami
guna untuk mengenali kanak-kanak tersebut. Tak sangka walaupun tak pernah jumpa
tapi mereka layan dengan mesra sekali. Comel sangat.
Masa
selebihnya digunakan untuk mengenali rakan-rakan dari jabatan lain. Maklumlah
jadual tak sama. Masa nilah nak kenal-kenalkan? Hehehehe. Alhamdulillah malam
tu memang tidur lena. Sejuk…
16 APRIL 2016
Bangun
seawal 5.00 pagi sememangnya sukar bagi saya, namun disebabkan semangat yang
berkobar-kobar untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara saya turutkan saja,
cewahhhhh! Selesai mandi, saya dan beberapa orang rakan yang lain berkumpul di
surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Usai sahaja solat Subuh aktiviti
pertama pun dimulakan. Aktiviti apa????
Game
dia macam ni. Murid-murid SK Lanai disuruh duduk dalam satu bulatan besar.
Sambil lagu dimainkan, para peserta perlu menyerahkan bekas berisi gula-gula
kepada rakan di sebelah tanpa menumpahkan isinya. Apabila lagu berhenti,
pelajar yang memegang bekas tersebut akan diberikan satu soalan. Sekiranya
berjaya dijawab dengan tepat mereka akan mendapat dua gula-gula. Itulah dia
game yang dinamakan Game Tarbawi. Usai game tersebut kami menuju ke dewan makan
untuk menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti kami pada pagi
tersebut iaitu senaman pagi.


Pada
awalnya malas betul nak buat sebab pagi kan. Tapi tengok budak-budak tu
bersemangat terus saya bersemangat sekali. Alhamdulillah. Senaman pagi tamat
dengan jayanya. Lepas berehat dalam masa sejam begitu kami dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk mengajar adik-adik kami matematik. Selepas selesai
kumpulan dibahagikan, kami pun bergerak ke kelas seperti yang diarahkan sambal
memimpin anak murid kami. Nama anak murid saya Mohd Aiman. Comel orangnya,
tetapi penyegan. Yang membuatkan saya terpegun adalah kebolehannya menghafal
sifir 1-10 dengan mudah. Satu-satunya yang menyebabkan kesukaran semasa
mengajar dia adalah dia sedikit perlahan kerana meskipun sudah menghafal sifir
dia kerap terkeliru dan masih perlu menggunakan alat bantuan seperti jari untuk
mengira.


Selepas selesai solat Zuhur dan makan tengahari, kami menyambung kelas
kami dengan mengajar bahasa Inggeris pula. Kali ini kebolehan saya tercabar
kerana Aiman sememangnya lemah dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya
terpaksa menerangkan maksud perkataan kepadanya satu persatu. Mujurlah dia
jenis yang mudah menerima dan tidak malu bertanya. Setiap aktiviti diberikan
diselesaikannya dengan jayanya. Aiman you rock!!! Kemudian kami meneruskan dengan aktiviti sukaneka. Kena jaga checkpoint. Haha bersemangat betul time ni... Tambah lagi adik-adik semua sporting~ Seronok betul!



Malangnya
petang tu kaki saya kekejangan gara-gara kekurangan air. Jadi tak dapat sertai
langsung aktiviti malam tu. Sob… sob… Mujurlah ada sahabat yang banyak membantu
saya ketika saya sakit. Yes I talked about both of you, Rahman and Wadie!!!!
Dan juga terima kasih kepada penasihat serta ahli Biro Keselamatan yang telah
membantu mengurangkan kesakitan saya sementara menunggu bantuan tiba. Juga
kepada penasihat biro kami, Encik Kamil, yang membatalkan niatnya untuk mandi
sungai disebabkan terpaksa membawa saya ke Klinik. Maaf monsieur!!! Maka
sepanjang malam tu cuma terlantar di atas katil…. Ahhhh bosan!!!
17 APRIL 2016
Keesokan
harinya, kami bangun awal untuk menunaikan Qiam bersama. Alhamdulillah.
Mujurlah kesakitan semalam telah berkurang yeah! Hari ketiga kami dimulakan
dengan program mentor mentee, satu permainan yang melibatkan kami sebagai fasi
dan murid-murid SK Lanai sebagai mentee kami. Kumpulan kami terdiri daripada
saya, Rahman, Wadie, Syuha, Huda, Sadat dan Farhan sebagai mentor dan diberi
nama Aswad(Hitam) haha. Pelbagai permainan diadakan seperti jaga belon sendiri,
pass gelung getah menggunakan straw dan teka lukisan. Di sini sekali lagi saya ingin melahirkan rasa kagum terhadap ahli kumpulan kerana sikap mereka yang sporting. Namun yang lebih menyeronokkan adalah apabila melihat keletah mereka bermain bersama kanak-kanak tersebut, terutamanya Wadie, Huda dan Rahman yang sangat rapat dengan mereka. Melihatkankan ragam mereka saya berasa seronok. Mungkin kerana saya dapat melihat sisi lain mereka yang merubah pandangan saya terhadap mereka.


Selepas
selesai mentor mentee, kami melaksanakan pula aktiviti seterusnya iaitu
gotong-royong. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi
tugasan masing-masing. Ada yang mengemas dan menceriakan bilik darjah. Ada juga
yang menghasilkan mural. Saya juga berpeluang merasai pengalaman menjadi
pekerja kedai laminate kerana terpaksa melaminate beratus helai kertas pada
hari tersebut haha. Pada masa sama kami berpeluang beramah mesra dengan
guru-guru di sekolah tersebut. Walaupun agak kekok kerana saya seorang penyegan, tetapi saya bersyukur kerana guru-guru di sana tidak kedekut malah gembira dapat berkongsi ilmu dengan kami.



Sebelah
petangnya pula kami melakukan aktiviti sukaneka bersama murid-murid. Namun saya
tida turut serta kerana membantu membuat persiapan untuk program pada sebelah
malam pula. Selepas solat Maghrib berjemaah, kami dan murid-murid SK Lanai
bergerak beramai-ramai ke surau berdekatan bagi menghadiri ceramah oleh Ustaz
Nik Azam Nik Wajis. Ceramah yang disampaikan pada malam tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap saya sehingga menitis air mata. Kami begitu bersyukur ke hadrat ilahi kerana program pada
malam itu berjalan lancar dan mendapat sambutan.
18 APRIL 2016
Ini
merupakan hari terakhir kami sebelum kembali semula ke UM. Program pertama kami
pada hari tersebut adalah kem amali solat yang dipimpin Biro Kerohanian dari
Jabatan Bahasa Arab. Sesudah itu kami dikehendaki mengikuti perhimpunan sekolah
yang diadakan. Penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena semua aktiviti
yang dijalankan sepanjang 3 hari kami berada di situ turut diadakan. Betapa
gembiranya saya dan ahli kumpulan apabila kumpulan kami Aswad dinobatkan
sebagai pemenang tempat ketiga. Tahniah!!! Swad, swad, swad, swad A~~~ Kita
hebat!




Selepas
selesai semuanya, kami menjalankan aktiviti gotong-royong dan berkemas-kemas
untuk pulang. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi sepanjang berada di
sana. Perasaan sebak dan hiba menyelubungi kami sepanjang masa untuk berpisah
dengan anak didik kami dan semasa di atas bas. Lebih mengharukan ada yang
menangis ketika berpisah dan meminta kami kembali berjumpa mereka pada masa
akan datang. Dan saya pula masih tidak dapat bertemu dengan adik angkat saya
sehingga ke akhirnya haha.
SELEPAS
Banyak
perkara yang berlaku sepanjang aktiviti kami dijalankan. Ada yang
menggembirakan, ada yang menyedihkan dan ada juga yang cukup kurang enak
didengar. Walau bagaimanapun banyak perkara yang dapat dipelajari daripada
perjalanan kami tersebut. Antaranya ialah semangat kerjasama, kepimpinan,
tanggungjawab, pengurusan masa, kepercayaan dan banyak lagi. Semua perkara ini
akan menjadikan kami insan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.
Pun begitu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
terutamanya ahli pasukan saya sendiri dan rakan-rakan lain yang banyak membantu
sepanjang menjayakan program ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada fakulti kami yang telah membolehkan kami merasai sendiri
pengalaman yang sangat berharga ini. Jika diimbas semula, kerana program inilah ikatan antara kami pelajar FBL terjalin. Yang sebelum ini tidak pernah kenal, jadi sahabat. Yang sudah kenal jadi lebih rapat. Di situ jugalah saya menemui rakan-rakan baru saya seperti Muhammad, Hisham, Akiko, Shaji dan banyak lagi. Sesungguhnya pengalaman ini akan selamanya
terpahat di hati. Satu perkara yang saya pasti, sekiranya diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi maka sudah tentu saya akan sertainya.

